Bekas MP Kapar didenda RM100, hantar mesej kurang sopan

Iklan
Manikavasagam didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret pada Selasa selepas mengaku bersalah menghantar mesej kurang sopan kepada seorang individu awal bulan lepas. Foto Bernama

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam didenda RM100 atau penjara tiga hari jika gagal membayarnya oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah menghantar mesej kurang sopan kepada seorang individu awal bulan lepas.

Manikavasagam, 59, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Manikavasagam didakwa menghantar mesej kurang sopan tersebut dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu pukul 3.27 petang pada 4 Januari lepas di sebuah rumah di Subang Jaya, Petaling di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Iklan

Terdahulu ketika rayuan, Manikavasagam memaklumkan dia kini merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dan pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen serta sedia membayar denda tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Iklan