Pesawat ringan terhempas, operasi cari mangsa sedang dijalankan

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat melihat pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda pada Selasa.

KLANG - Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda dekat sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 1.56 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai empat anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi didapati sebuah pesawat terhempas dan operasi mencari mangsa sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

"Mangsa masih belum diketahui," ujarnya.