Bekas PM Thailand, Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman

Iklan
Thaksin Shinawatra

BANGKOK - Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.

Tawee berkata, beliau telah menerima senarai banduan yang layak mendapat parol daripada Jabatan Penjara, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Iklan
Iklan

Daripada 945 banduan yang dipertimbangkan untuk parol, sebanyak 930 telah diluluskan, termasuk Thaksin.

Thawee berkata, Thaksin disenaraikan dalam kategori yang menghidap penyakit kronik dan berusia lebih 70 tahun.

Iklan

Thaksin memenuhi kriteria untuk parol selepas menjalani satu pertiga daripada hukuman atau sekurang-kurangnya enam bulan penjara.

Dia boleh dibebaskan pada 18 Februari selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Iklan

Thaksin, 74, yang menjalani hukuman penjara selama setahun telah menerima rawatan di hospital polis sejak malam pertama pulang ke tanah air.

Sejak 15 tahun lalu, Thaksin hidup dalam buangan kerana disabitkan atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.