Thailand lanjutkan cuti umum sempena Songkran galak pelancongan

Iklan
Kabinet Thailand meluluskan cadangan Pejabat Sekretariat Kabinet untuk mengumumkan 12 April sebagai cuti umum tambahan perayaan Songkran bagi menggalakkan pelancongan. - Foto: Reuters

BANGKOK - Kabinet Thailand pada Selasa meluluskan cuti umum tambahan pada 12 April bagi perayaan Songkran tahun ini bertujuan merangsang pelancongan dan perkhidmatan swasta.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin berkata, Kabinet meluluskan cadangan Pejabat Sekretariat Kabinet untuk mengumumkan 12 April sebagai cuti umum tambahan.

Iklan
Iklan

"Cuti umum selama lima hari dari 12 hingga 16 April. Kelulusan itu dibuat bertujuan untuk mempromosikan pelancongan," katanya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet pada Selasa.

Srettha berkata, Menteri Pelancongan dan Sukan telah ditugaskan untuk menggalakkan pelancongan khususnya di bandar-bandar lain bagi memanfaatkan cuti tambahan berbanding bandar-bandar besar seperti Phuket, Chiang Mai atau Pattaya yang sudah terkenal dalam kalangan pelancong.

Iklan

Songkran disambut setiap tahun dari 13 hingga 15 April, menandakan permulaan Tahun Baharu Thailand.

Tarikh 16 April diisytihar cuti umum sebagai ganti kepada 13 April yang jatuh pada Sabtu.

Iklan

Songkran mendapat pengiktirafan dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (ICH).

Media tempatan melaporkan bahawa kerajaan akan menganjurkan aktiviti Festival Songkran Sedunia di seluruh negara dari 1 hingga 21 April pada tahun ini.

Festival Songkran Sedunia bertujuan mempromosikan tradisi dan aktiviti Songkran tempatan di 76 wilayah dan 50 daerah di Bangkok. - Bernama