Rombakan Exco Johor tak jejas semangat Kerajaan Perpaduan

Iklan
Aznan mengangkat sumpah sebagai AMMK yang baharu dengan memegang portfolio Penerangan dan Penerangan Negeri Johor. Gambar krcil: Dzulkefly

JOHOR BAHRU - Rombakan Exco Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini, disifatkan hanya bersifat dalaman dan diharap tidak akan menjejaskan semangat 'Kerajaan Perpaduan' di negeri ini.

Menurut Ketua Amanah Iskandar Puteri, Dzulkefly Ahmad, perkara berkenaan secara keseluruhannya membuktikan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk di sini masih baik.

Iklan
Iklan

Malah katanya, di peringkat nasional, pihak perwakilan juga telah membangkitkan isu berkenaan terutamanya pembentukan Kerajaan Perpaduan yang masih belum terbentuk di Johor.

"Rombakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini hanya' rombakan dalaman' sahaja tanpa libatkan semangat kerajaan perpaduan di peringkat nasional.

Iklan

"Kita juga ada dapat feedback berhubung perkara itu kerana di Melaka, Kerajaan Perpaduan telah terbentuk lebih awal hasil PRN (Pilihan Raya Negeri).

"Lagi pun, konsep ini perlu diperluaskan ke negeri-negeri dan semoga semangat perpaduan itu dapat dieratkan lagi," katanya.

Iklan

Untuk rekod, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat pengumuman pada Selasa mengenai rombakan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Rombakan itu menyaksikan ADUN Tanjung Surat, Aznan Tamin dilantik sebagai Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri yang baharu bagi menggantikan Norlizah Noh.

Bagaimanapun, rombakan tersebut menyaksikan tidak ada wakil daripada PH yang dipilih dalam pentadbiran kerajaan mahupun bagi barisan Exco.

Sementara itu, Dzulkefly tetap berharap agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan mengenai kewujudan Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.

Katanya, tawaran ini dibuat bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi juga untuk masa akan datang, khususnya sebagai persediaan untuk mengharungi PRU16, kelak.

"Kita perlu bina kekuatan dari sekarang... kalau masa dah bubar DUN nanti baru nak bekerjasama dah tak sesuai masa tu," katanya.