RIO Ferdinand berkata penyerang Brentford, Ivan Toney, tidak akan bertahan lama di Arsenal sekiranya menyertai The Gunners.
Toney dikaitkan dengan Arsenal pada jendela perpindahan Januari, tetapi Brentford menetapkan harga £100 juta (RM602 juta) untuknya.
The Gunners dikatakan masih cuba memujuk pemain berusia 27 tahun itu dengan bos Brentford, Thomas Frank mengakui kemungkinan Toney akan berpindah.
"Saya rasa Ivan tidak berkembang menjadi pemain yang lebih baik sekiranya dia tiba di Emirates dengan ego besar.
"Dia mesti tahu di mana tempatnya dalam hierarki Arsenal kerana di sana persaingan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama amat sengit.
"Adakah anda fikir dia akan terus bermain dalam skuad utama apabila Mikel Arteta mempunyai Declan Rice, Martin Odegaard dan Gabriel Jesus?
"Ivan perlu bijak kerana perpindahan ke Arsenal sama ada membantu akat membunuh karier bola sepaknya," ujar Ferdinand.
Sebelum ini, legenda Arsenal, Ian Wright mendakwa bekas kelabnya hanya akan merampas gelaran Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City dengan menandatangani Toney pada Januari.
Menurut Wright, Toney adalah pelengkap kepada jentera serangan Arsenal yang dilihat banyak mensia-siakan peluang di separuh masa pertama musim ini.
Selain Arsenal, Toney turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.