'MN mampu berputik kembali'
Iklan
SHAH ALAM - Pas percaya kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO yang hampir terkubur pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mampu berputik kembali sebelum PRU16.
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, ini kerana Pas yakin hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan kini sudah mencapai tahap ketegangan kemuncak dan diunjurkan semakin sukar untuk dipertahankan.