Andai segala-galanya ada hak cipta...
Iklan
MINGGU lalu, tular polemik di laman-laman sosial Cyberjaya. Ia bermula apabila seorang netizen memuat hantaran mempersoalkan promosi car boot sale (jualan bonet kereta) Pasaraya Malakat Mall yang menggunakan frasa ‘Lorong Hadapan’ di dalam poster promosinya.
Beliau mempersoalkan mengapa Malakat Mall menggunakan frasa ‘Lorong Hadapan’ seolah-olah meniru gelaran ‘Lorong Belakang’ sebuah pasar malam yang kini paling popular di Cyberjaya.