‘Wang KWSP lebur, bayang rumah tak nampak sampai sekarang’
Iklan
SHAH ALAM - Sebahagian wang persaraan berjumlah RM68,000 habis dilaburkan bagi membina rumah idaman untuk hari tua, namun impian tersebut musnah apabila pihak syarikat pembinaan rumah menghilangkan diri.
Menurut pekerja swasta, Mustafa Ishak, 57, hasrat tersebut terpaksa dilupakan dan dia berasa amat kecewa apabila pihak pengurusan tidak memulangkan semula wangnya.