Kontraktor lari selepas dapat deposit antara aduan tertinggi diterima FOMCA
Iklan
SHAH ALAM - Kontraktor tidak menghabiskan kerja selepas deposit dijelaskan merupakan antara aduan tertinggi diterima Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berkaitan pembinaan atau pengubahsuaian rumah.
Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, Nur Asyikin Aminuddin berkata, ia melibatkan sebanyak 20.8 peratus keseluruhan aduan diterima pihaknya membabitkan kes penipuan hartanah dan perumahan.