Shehbaz Sharif diumum calon Perdana Menteri Pakistan

Iklan
Shehbaz Sharif (gambar) yang berusia 72 tahun telah dicalonkan oleh abangnya, Nawaz Sharif sebagai Perdana Menteri Pakistan. Foto AP

ISLAMABAD - Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dan sekutunya mengumumkan mereka akan bersama-sama membentuk kerajaan campuran, menamatkan ketidaktentuan sejak minggu lalu apabila tiada parti memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya Parlimen.

Perkembangan terbaharu itu berlaku beberapa jam selepas parti - kesemuanya pesaing bekas Perdana Menteri negara itu, Imran Khan yang dipenjarakan - bertemu di Islamabad.

Iklan
Iklan

Pertemuan itu dihadiri oleh Parti Rakyat Pakistan pimpinan bekas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan Liga Muslim Pakistan (PML) pimpinan Nawaz, termasuk adiknya, Shehbaz Sharif, yang menggantikan Imran sebagai Perdana Menteri apabila beliau digulingkan melalui undi tidak percaya di Parlimen pada 2022.

Pada sidang akhbar, Asif Ali dan beberapa pemimpin politik lain termasuk Shehbaz tidak menyatakan siapa yang akan menjadi pilihan bersama Perdana Menteri, walaupun spekulasi menyebut Shehbaz akan dilantik mengetuai kerajaan baharu.

Iklan

Dalam masa sama, jurucakap PML, Marriyum Aurangzeb berkata, pemimpin PML, Nawaz, 74, telah mencalonkan adik lelakinya Shehbaz, 72, sebagai calon Perdana Menteri, manakala anak perempuannya, Maryam Nawaz, 50, pula akan dilantik sebagai Ketua Menteri wilayah Punjab.

PML telah berbincang dengan Asif Ali dan sekutu lain selepas pemilihan Khamis untuk Dewan Negara atau Dewan Rendah Parlimen.

Iklan

Walaupun calon yang disokong oleh parti Tehreek-e-Insaf Pakistan, Imran memenangi 93 daripada 265 kerusi Dewan Undangan Negeri, namun, ia tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

PML pimpinan Nawaz dan Parti Rakyat Pakistan pimpinan Asif Ali masing-masing memenangi 75 dan 54 kerusi.

Untuk menubuhkan kerajaan, sebuah parti mesti memperoleh 133 kerusi daripada 265 kerusi yang dipertandingkan dalam 266 anggota Dewan Negara.

Parti lain memperoleh 17 kerusi, manakala keputusan satu kawasan pilihan raya ditahan. - Agensi/ Awani