Pesawat ringan terhempas di Klang: Apa yang anda perlu tahu

Iklan
Kedua-dua mangsa berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter. - Foto JBPM

KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar, pada Selasa, mengorbankan dua individu.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bagi tujuan penerbangan rekreasi.

Iklan
Iklan

Berikut adalah kronologi dan fakta insiden tersebut.

BACA ARTIKEL PENUH: Pesawat ringan terhempas di Kapar, Klang

Iklan

BACA ARTIKEL PENUH:'Pesawat terputus hubungan selepas 7 minit berlepas' - CAAM

BACA ARTIKEL PENUH:Pesawat terhempas: Unit Dron PGU bantu cari mangsa

Iklan

BACA ARTIKEL PENUH:'Mujur pesawat tak jatuh atas rumah'

[13 FEBRUARI 2024]

1.28 tengah hari

Berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bagi penerbangan rekreasi.

Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Mayat juruterbang, pembantu ditemui terbenam dua meter dalam tanah

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Mayat juruterbang, pembantu juruterbang ditemukan dalam kokpit pesawat

BACA ARTIKEL PENUH:Pesawat ringan terhempas, operasi cari mangsa sedang dijalankan

BACA ARTIKEL PENUH:'Pesawat meletup dua kali sebelum terhempas'

1.35 tengah hari

Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara.

Tiada panggilan kecemasan diterima.

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

5 petang

Usaha mencari mangsa melibatkan 800 meter dari lokasi pesawat terhempas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan rekreasi ketika insiden manakala juruterbang maut dikenalpasti sebagai sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42.

Kedua-dua mangsa berada dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat (post-mortem).

BACA ARTIKEL PENUH:Mayat dua mangsa pesawat terhempas tiba di HTAR

BACA ARTIKEL PENUH:Pesawat terhempas: Proses bedah siasat dilakukan esok

BACA ARTIKEL PENUH:Pesawat terhempas: Bomba gali secara manual keluarkan mayat mangsa

BACA ARTIKEL PENUH:Perkembangan siasatan nahas pesawat terhempas jadi tumpuan

Spesifikasi pesawat:

Keluaran sebuah syarikat pesawat di Itali, iaitu Blackshape yang merupakan satu-satunya pesawat yang direka khusus untuk tujuan latihan sejak 50 tahun lalu.

Pesawat dua tempat duduk ini mendapat pensijilan daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) pada 2019.

Kelajuan maksimum pesawat ini ialah 296 kilometer sejam (km/j). - Awani