Bukan perokok perlu bersuara, tegur perokok dengan berhemah

Iklan
Dr Dzulkefly ketika sidang media selepas pelancaran kempen 'Speak Out: Express Your Right' di Kuala Lumpur Sentral hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta bersuara untuk menyatakan hak mereka dalam mendapatkan persekitaran bebas asap rokok dengan menegur perokok secara berhemah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang membuat gesaan itu berkata, langkah itu mampu membantu usaha kerajaan melahirkan rakyat sihat dan persekitaran negara yang sejahtera.

Iklan
Iklan

"Jadi suara golongan bukan perokok ini penting kerana ia dapat mengurangkan kemudaratan kesan asap rokok yang dianggar menyebabkan 20,000 kematian setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen 'Speak Out: Express Your Right' atau 'Suarakan Hak Anda' di Stesen Komuter KL Sentral hari ini. Kempen akan berlangsung untuk tempoh lima tahun.

Iklan

Dr Dzulkefly turut meminta orang ramai membudayakan hak bersuara dengan sopan dan baik agar diambil iktibar oleh perokok secara hormat.

Sehingga semalam, sebanyak 2,617 notis kesalahan dikeluarkan melibatkan 35,979 tempat makan yang diperiksa di seluruh negara sejak penguatkuasaan larangan merokok pada 1 Jan lepas.

Iklan

Daripada jumlah itu, 1,911 notis dikeluarkan bagi kesalahan merokok, 466 notis kepada premis yang gagal pamer tanda larangan merokok, 104 premis menyediakan kemudahan merokok dan 136 orang bawah umur yang merokok atau memiliki bahan itu. - Bernama