Tiga peratus anggota polis di ibu negara alami masalah berat badan

Iklan
Allaudeen ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Semua pegawai dan anggota Kontinjen Kuala Lumpur digesa untuk menjaga tahap kesihatan terutama berat badan supaya sentiasa berada dalam julat jisim indeks tubuh (BMI) ditetapkan pasukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sekitar dua hingga tiga peratus daripada 10,000 anak buahnya mengalami masalah berat badan.

Iklan
Iklan

"Tugas polis ini mencabar dan antara cara untuk menghadapi tekanan dan cabaran adalah dengan kesihatan badan yang baik, 'fit' dan cergas.

Allaudeen berkata, buat masa ini pihaknya tidak meletakkan garis masa buat anggota dan pegawai terbabit tetapi mengambil pendekatan ‘secepat mungkin’.

Iklan

Dalam kes berlainan, mengenai lawatan mengejut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ke beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan balai, Allaudeen berkata, pihaknya mengambil pendekatan untuk turut sama turun padang dan memantau anggota di lapangan.

"Polis KL kami ambil iktibar dan saya sudah arahkan semua ketua jabatan, KPD (ketua polis daerah), termasuk saya sendiri pastikan turun melawat balai dan IPD serta anggota dan pegawai di lapangan.

Iklan

"Ia selaras dengan arahan 'close monitoring' bagi memastikan tiada penyelewengan dan segala tugasan dilaksanakan dengan baik,” katanya.