KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu.
Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, barisan kepimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.
"Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah pada Rabu. - Bernama
Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:
Johor: Aminolhuda Hassan
Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris
Kelantan: Adly Zahari
Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman
Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly
Perak: Datuk Asmuni Awi
Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim
Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil
Sabah: Lahirul Latigu
Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili
Selangor: Izham Hashim
Terengganu: Mohd Hasbie Muda
Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad