Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di SPCC

Iklan
Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) di Petaling Jaya, Selangor pada 8 Mac ini bagi menghargai kaum wanita yang merupakan pemangkin kecemerlangan negara selaras aspirasi Malaysia Madani.Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) di Petaling Jaya, Selangor pada 8 Mac ini bagi menghargai kaum wanita yang merupakan pemangkin kecemerlangan negara selaras aspirasi Malaysia Madani.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sambutan bertemakan 'Wanita Dijulang, Negara Gemilang' itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Ia merupakan hari untuk mengiktiraf dan menguar-uarkan kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekali pun politik.

"Pada masa yang sama, untuk kita sama-sama melihat dan menilai pencapaian serta kedudukan wanita dan terus-menerus merencanakan pemerkasaan wanita yang lebih gemilang untuk masa akan datang,” katanya.

Iklan

Berucap pada sesi taklimat media sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 di sini pada Rabu, beliau berkata, kementeriannya akan memberi tumpuan terhadap beberapa inisiatif penting sempena sambutan itu antaranya peningkatan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan.

Turut diberi tumpuan adalah toleransi sifar keganasan terhadap wanita, peningkatan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi dan penambahbaikan persekitaraan bagi menjamin kesejahteraan wanita.

Iklan

"Usaha ini perlu diperkasakan seiring agenda mengarusperdanakan kesaksamaan gender supaya saling melengkapi seterusnya akan membuka lebih banyak ruang bagi mencapai inklusiviti untuk wanita,” katanya.

Nancy menegaskan peranan bagi agenda pemerkasaan wanita bukanlah berada di bahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semata-mata tetapi semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri bagi menyokong agenda itu.

"... usaha pewujudan persekitaran kondusif bagi menyokong usaha kerajaan untuk mencapai 60 peratus penyertaan tenaga buruh wanita juga perlu diberikan fokus,” katanya.

Beliau menyeru semua lapisan masyarakat untuk turut sama-sama meraikan wanita pada 8 Mac ini dengan memakai pakaian bertemakan warna sambutan iaitu warna ungu.

"Sempena Hari Wanita Antarabangsa, marilah kita sama-sama menjulang wanita demi kegemilangan negara,” katanya. - Bernama