Pecah cermin kenderaan, warga Singapura didenda RM5,500

Iklan
Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan.

MUAR - Seorang lelaki warga Singapura mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar pada Rabu atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Soh Kian Hui, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan Kian Hui dituduh dengan niat telah melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang kenderaan jenis Toyota Fortuner yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,502.35 kepada pemiliknya.

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar, pada Rabu selepas mengaku bersalah.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan, Pagoh dalam daerah Muar, pada 1.58 tengah hari, Sabtu lalu.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norain Sakina Zikri.

Dalam prosiding itu, Mohammad Ariff memohon agar mahkamah memberikan hukuman setimpal mengambil kira pertimbangan awam agar menjadi pengajaran memandangkan kejadian itu tular di media sosial.

Iklan
Tertuduh diiringi polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret, Muar pada Rabu.

Bagaimanapun, Norain memohon agar hukuman lebih ringan diberikan kerana tertuduh hanya bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan sekitar SGD$3,000 (RM10,300) selain menjaga ibunya berusia 71 tahun yang baru menjalani pembedahan kanser.

Mahkamah kemudiannya mengenakan denda RM5,500 atau penjara 12 bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Sebelum itu, pada Isnin, tertuduh ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor di Genting Highlands, Pahang, pada jam 3.30 pagi Ahad.

Tertuduh ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara dengan cara memecahkan cermin kenderaan, Jumaat lalu.