SAN JOSE - Chatbot iaitu ChatGPT tidak lama lagi berupaya menyimpan maklumat dan data mengenai penggunanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Fungsi berkenaan kini diuji dalam kelompok kecil. Sebagai contoh, perisian itu boleh 'mengingati' maklumat bahawa anda mempunyai anak perempuan yang suka ubor-ubor - atau anda lebih suka menerima ringkasan mesyuarat di tempat kerja.
"Jika kemudiannya anda meminta ChatGPT mereka bentuk kad hari jadi untuk anak anda, gambar itu mungkin termasuk ubor-ubor yang memakai topi hari jadi,” menurut syarikat OpenAI pada Selasa.
Bagi membolehkan ChatGPT menyimpan maklumat tentang pengguna untuk kegunaan di masa hadapan, pengguna perlu meminta chatbot berbuat demikian pada kali pertama fungsi itu dilaksanakan.
Anda kemudiannya boleh bertanya perkara yang diketahui tentang diri anda - dan memadam semua atau butiran individu.
Fungsi memori bertujuan untuk menjadikan chatbot lebih berguna.
Sembang sementara tersedia untuk perbualan tanpa personalisasi.
Maklumat daripada perbualan ini tidak digunakan untuk latihan perisian.
Chatbot AI, seperti ChatGPT dilengkapi dengan sejumlah besar maklumat dan boleh merumuskan teks pada tahap linguistik manusia.
ChatGPT mampu menganggarkan perkataan demi perkataan dan bagaimana ayat harus digunakan.
Bagaimanapun, ia masih boleh memberikan jawapan yang salah. - Bernama