IPOH - Dua kakitangan hospital bersama seorang pekerja syarikat pembekal direman selama enam hari bermula Rabu bagi siasatan kes tuntutan palsu pembekalan barangan perubatan bernilai RM75,000.
Permohonan reman sehingga Isnin itu dikeluarkan Majistret S Punitha di Mahkamah Majistret Ipoh terhadap kakitangan awam berkenaan masing-masing berusia 36 dan 39 tahun dan seorang lagi berusia 55 tahun.
Iklan
Iklan
Kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 10 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Perak pada jam 5 petang pada Selasa.
Perbuatan itu dilakukan suspek di sebuah hospital di negeri ini.
Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga individu tersebut.
"Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya.