Suami isteri antara 5 individu didakwa guna MC palsu

Iklan
Kesemua tertuduh diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Rabu.

BUTTERWORTH - Pasangan suami isteri antara lima individu yang dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 selepas didapati bersalah menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu pada empat tahun lalu.

D Carolina, 28, dan suaminya, TD Vasudevan, 28, serta G Mukuntan, 28, M Harrvinthan, 27, dan R Gobinath, 43, mengaku salah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Carolina dan Vasudevan masing-masing berdepan dua pertuduhan.

Manakala Gobinath didakwa dengan tiga pertuduhan dan Harrvinthan pula empat pertuduhan

Iklan

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza di George Town dan Bayan Lepas iaitu tempat bekerja masing-masing antara 24 Januari hingga 6 Oktober 2020.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkifli manakala kelima-lima tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Ketika prosiding, Afiqa Liyana meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh agar ia dapat dijadikan pengajaran oleh pesalah serta masyarakat.

Bagaimanapun, kelima-lima tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman minimum kerana kebanyakan mereka meminjam wang daripada saudara-mara serta jiran untuk membayar denda susulan tidak mempunyai pendapatan tetap selain perlu menyara keluarga dan ibu bapa yang uzur.

Hakim Zulhazmi kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,500 kepada setiap tertuduh selain memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.