Anak muda makin kurang sambut hari kekasih

Iklan
Warga Politeknik Port Dickson membantah sambutan hari kekasih.

PORT DICKSON - Agensi pendidikan perlu memainkan peranan menyebarkan dakwah kepada belia Melayu tentang maksud sebenar hari kekasih yang sinonim diraikan setiap 14 Februari supaya ia tidak terus menjadi ikutan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata, ini kerana sambutannya bukan budaya umat Islam dan meraikannya boleh mendorong kepada perbuatan maksiat.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya nampak momentum anak-anak muda untuk menyambut hari kekasih ini dah berkurangan, mungkin disebabkan banyak program penjelasan dan kesedaran yang dianjurkan pelbagai pihak.

"Tapi penjelasan mengenainya perlu diadakan secara berterusan. Nak harapkan jabatan agama seorang untuk menggerakkannya memang tak mampu," katanya ditemui selepas program 'Say No To Valentine’s Day' diadakan di Politeknik Port Dickson (PPD) di sini pada Rabu.

Iklan
Ahmad Zaki Hamzah

Bagaimanapun beliau berpendapat, kesedaran golongan muda khususnya di negeri ini tentang tiadanya manfaat berkenaan hari tersebut adalah semakin positif.

Malah katanya, tiada lagi iklan-iklan promosi secara terbuka sempena hari kekasih yang dapat dilihat ditawarkan oleh pihak tertentu.

Iklan

"Bila adanya kesedaran, maka kesalahan (di bawah Enakmen Jenayah Syariah) yang kita kesan berdasarkan operasi pemeriksaan dilaksanakan sempena 14 Februari ini makin berkurangan.

"Jadi saya nampak usaha pihak tertentu menganjurkan program beri kesedaran tentang tiada faedah sambutan hari kekasih ini diraikan ada kesan positif," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengajian Am PPD, Umi Syahidah Anuari berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar terhadap penularan pengaruh budaya sambutan hari kekasih yang menjadi trend khususnya dalam kalangan remaja.

"Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang memahami ajaran Islam yang sebenar seterusnya mampu melaksanakan segala amalan dalam kehidupan seharian dengan lebih yakin.

"Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah proaktif bagi menjayakan hubungan kolaborasi bersama Rakan Strategik di antara PPD dengan JHEAINS dalam memperkasakan usaha dakwah kepada seluruh lapisan masyarakat," katanya.

Pada program berkenaan turut dianjurkan Sembang Santai Say No To Valentine’s Day dikendalikan selebriti Man Raja Lawak, penyanyi Fynn Jamal dan pendakwah Adnin Roslin.