'Ini fitnah, saya tak pernah rancang buka Pusat Keamanan Saudi'

Iklan
Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik menafikan laporan portal berita yang mendakwa rancangan membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya sebagai punca beliau dinasihatkan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menyifatkan laporan portal berita itu sebagai fitnah, Maszlee berkata, beliau tidak pernah ada sebarang perancangan mengenai KSCIP ketika menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) selama 20 bulan.

Iklan
Iklan

"Ini adalah fitnah. Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

"Malah, apa kaitannya dengan KPM?" katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Iklan

Maszlee turut meminta masyarakat agar menyemak kesahihan dakwaan itu dengan warga KPM.

"Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN PM nafi isu Pusat Keamanan punca Maszlee letak jawatan

Iklan