Tiada kompromi anggota polis ada masalah disiplin - Saifuddin

Iklan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai masalah disiplin serta melanggar etika kerja, demi menjaga imej dan reputasi pasukan itu.

Berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesalahan sumpama itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada anggota lain dan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada pasukan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama warga kerja kementeriannya melafazkan Ikrar Perkhidmatan Awam semasa majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu. - Foto Bernama

Iklan
Iklan

"Saya takkan defensif dalam bab ini. Sebagai agensi penguat kuasa yang terbesar di negara ini, maka pendekatan kita adalah, toleransi sifar.

"Kita tidak boleh kata ini cuma segelintir sahaja tapi kena ambil pendekatan atau sikap yang betul iaitu tiada tolenrasi, tiada basa-basi,” katanya dan menyifatkan kesalahan itu sebagai tidak adil kepada lebih 120,000 anggota PDRM yang lain.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan beberapa laporan mengenai masalah disiplin, pelanggaran etika kerja, rasuah dan jenayah dalam kalangan anggota polis.

Mengulas lanjut mengenai isu itu pada sidang media, Saifuddin berkata, setiap kesalahan anggota polis akan dirujuk ke Suruhanjaya Pasukan Polis untuk tindakan lanjut.

Iklan

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menyemak semula kriteria pengambilan anggota PDRM, beliau berkata, tiada keperluan buat masa ini memandangkan jumlah pemohon masih tinggi iaitu antara 35,000 dan 40,000 apabila perjawatan bagi mengisi kekosongan Inspektor dibuka.

"Saya ada tanya panel temu duga, saya dimaklumkan bahawa yang memohon mempunyai pelbagai bakat, menguasai pelbagai bahasa, ada peguam yang sedang berkhidmat, bidang kelulusan bertaraf profesional. Ini menunjukkan minat untuk kerjaya polis masih tinggi,” katanya. - Bernama