'Kalau tiada ilmu, baik kita senyap' - Man Raja Lawak

Iklan
Man Raja Lawak

PORT DICKSON - Pempengaruh media sosial sepatutnya lebih berhati-hati menerbitkan apa-apa kandungan dan bukannya mengulas pada perkara yang mereka tidak tahu.

Pelawak, Man Raja Lawak atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kassim, 47, berkata, bukan semua perkara boleh dijadikan 'content' sehingga sanggup melampaui batas.

Iklan
Iklan

"Dia dikenali dengan cara macam tu (buat parodi). Macam saya mungkin dikenali dengan cara saya sendiri.

"Yalah, sekarang ni kita dah ada media sosial dan masing-masing boleh beri pendapat dan luahkan perasaan. Cuma, kita kena tengok, jangan sampai melampaui batas," katanya ditemui pemberita selepas program 'Say No To Valentine’s Day' di Politeknik Port Dickson di sini pada Rabu.

Iklan

Video tersebut turut mendapat kecaman sebahagian netizen yang meminta tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

Tambah Man, sekiranya tidak mengetahui sesuatu isu sepatutnya mengambil sikap berdiam diri atau menyerahkan kepada pihak yang lebih arif.

Iklan

"Bagi saya, kalau kita bukan ahli (ada ilmu), baik kita senyap supaya tidak tersalah cakap dan saya dah tengok banyak contoh, orang yang salah cakap ini akhirnya dia akan malu sendiri.

"Kadang-kadang bila tunjuk pandai sangat, sampai melampaui batas atau mencabar benda itu, silap itu akan datang pada kita semula kerana tiada ilmu. Kalau nak bercakap biarlah benda yang ada ilmu," katanya.

Man yang sudah 13 tahun berada dalam industri hiburan turut memberitahu yang dia akan lebih berhati-hati untuk bercakap dan cuba mengelak isu yang tiada kaitan dengannya.

Tambahnya, bukan semua benda yang dirasakan betul perlu diluahkan di media sosial.

"Saya ini kalau nak buat apa-apa pun fikir banyak kali. Kita tak tahu respons orang luar terhadap apa yang kita buat.

"Jangan pula bila kita luahkan, kemudian bila netizen hentam, kita koyak atau padam video itu. Sebab itulah 'kerana mulut badan binasa'. Jadi saya lebih hati-hati," katanya.

Bagaimanapun Sinar Harian mendapati, video tersebut telah diturunkan oleh pempengaruh tersebut dan dia turut meminta maaf serta mengakui kesilapannya.