Ulser perut pecah punca tahanan kes dadah mati dalam lokap

Iklan
Foto hiasan

GEORGE TOWN - Seorang tahanan meninggal dunia ketika ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Kepala Batas di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad berkata, tahanan berusia 46 tahun itu mengadu sakit di dalam perutnya lalu dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB).

Iklan
Iklan

"Ketika pemeriksaan, suspek tidak menunjukkan dia berada dalam keadaan teruk. Doktor yang merawat telah memberikannya ubat dan dia dibenarkan pulang ke lokap.

"Bagaimanapun, pada jam 4 petang Selasa, suspek didapati tidak bergerak kerana tidak sedarkan diri. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan perubatan mengesahkan suspek telah meninggal dunia," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Iklan

Kata beliau, mayat tahanan itu dihantar ke HKB untuk proses bedah siasat.

"Pemeriksaan pada badan tahanan itu juga mendapati tiada unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Iklan

Jelas Mohamed Usuf, lelaki itu ditahan bersama tiga rakannya di Sungai Dua bersabit kes dadah.

"Dia sedang direman sehingga 16 Februari ini untuk membantu siasatan," katanya.