Calon Warisan ada kelebihan, kata Mukhriz

Iklan
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Peluang calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis lebih cerah berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, keyakinan itu disebabkan Warisan memiliki kelebihan apabila mewakili kerajaan negeri dan juga sebahagian daripada kerajaan Pusat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertembungan dua parti itu juga membolehkan rakyat lebih mudah membuat pilihan ketika hari pengundian pada 18 Januari ini.

"Kita akan bantu kempen dengan menekankan isu penting berkaitan Sabah dan Kimanis. Isu nasional tidak memainkan peranan sangat. Pilihan raya di Sabah tak sama dengan sentimen di Semenanjung Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah pelantikan Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) penggal 2020-2021 di sini hari ini.

Iklan
Iklan