Peniaga didenda RM15,000, majukan tanah tanpa kebenaran

Iklan
Seorang pemilik syarikat tekstil didenda RM15,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di Kuala Langat pada Rabu.

KUALA LANGAT - Seorang pemilik syarikat tekstil didenda RM15,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan menjalankan aktiviti pemajuan tanpa kebenaran, baru-baru ini.

Majistret, Khairul Farhi Yusob menjatuhi hukuman itu selepas wanita berusia 30-an itu selaku OKS, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, OKS yang tidak diwakili peguam didakwa menjalankan aktiviti pemajuan tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di Mukim Tanjung Dua Belas Banting di sini.

Dia didakwa atas kesalahan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172 ) dan dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 26(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iklan

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwa, Ahmad Razali Abd Manaf.

Sementara itu, menerusi kenyataan media, MPKL menasihatkan mana-mana syarikat atau individu yang menjalankan aktiviti pemajuan, supaya mendapatkan kelulusan kebenaran merancang terlebih dahulu.

Iklan

MPKL juga mengingatkan masyarakat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.