Suasana festival Hari Moyang Puja Pantai bagi meraikan semangat nenek moyang bagi Kaum Mah Meri di Pulau Carey hari ini.
Masyarakat Orang Asli Mah Meri mengadakan hari pemujaan khas untuk 'moyang laut' atau dipanggil 'puja pantai' yang dibuat secara besar-besaran oleh penduduk kampung yang diketuai oleh bomoh.
Asap kemenyan memenuhi ruang udara serta alunan muzik gesekan biola dan gong dimainkan oleh anak muda yang menyertai ritual tersebut.
Ritual bermula apabila air laut surut dan penduduk akan berjalan ke 'mahligai' (menara bersaiz tinggi ) yang terletak 500 Meter dari darat, bacaan mentera, nyanyian dan tarian menari mengisi upacara itu.
Sambutan Pesta Puja Pantai oleh Masyarakat Orang Asli Mah Meri, dibuat setiap kali selepas masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina bagi mendapatkan perlindungan, pengampunan, bertukar maklumat serta memohon nasib yang lebih baik dengan keinginan istimewa daripada nenek moyang dan roh mereka.