Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah

Iklan
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam. - Gambar fail/REUTERS

BANGKOK - Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 µg/m³, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.

Iklan
Iklan

Setakat 11 pagi (waktu tempatan) pada Rabu, paras PM2.5 di Bangkok direkodkan pada 75 mikrogram setiap meter padu (µg/m³) di lebih 20 daerah.

Berikutan kualiti udara yang semakin merosot, Gabenor Bangkok Chadchart Sittipunt mengarahkan pekerja agensi di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) bekerja dari rumah (WFH) pada Khamis dan Jumaat bagi mengurangkan trafik dan potensi pekerja terdedah persekitaran yang tidak sihat.

Iklan

Beliau juga meminta kerjasama syarikat swasta untuk melaksanakan WFH selama dua hari.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekolah yang terletak dalam bidang kuasa BMA akan terus dibuka kerana ditetapkan sebagai Zon Selamat dan bilik darjah bebas habuk.

Iklan

Sementara itu, Jabatan Kawalan Pencemaran meramalkan keadaan PM2.5 yang semakin teruk di Bangkok dan sekitarnya antara 14 dan 17 Februari.

Kualiti udara di 39 wilayah di Thailand juga melebihi paras selamat pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) pada Rabu.

Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (Gistda) mengesan sejumlah 1,097 titik panas di seluruh negara pada Selasa.

Imej satelit yang dikumpul oleh Satelit RFN Suomi menunjukkan 294 titik panas berada di hutan terlindung, hutan simpan (277), kawasan pertanian (223), tanah pembaharuan pertanian (151) komuniti dan kawasan lain (135) dan 17 di sepanjang lebuh raya.

Wilayah Kanchanaburi merekodkan 234 titik panas, jumlah tertinggi di Thailand.

Data Gistda juga menunjukkan jumlah besar titik panas di negara jiran iaitu Kemboja sebanyak 3,223, Myanmar (1,447), Laos (1,051) dan Vietnam (174). - Bernama