Israel lancar serangan udara di Selatan Lubnan

Iklan
Tentera Israel melakukan persiapan untuk menyerang Lubnan. - Foto Reuters

BEIRUT- Israel pada Rabu melancarkan serangan udara menggunakan dron dan pesawat perang ke beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua memetik sumber tentera Lubnan.

Pesawat Israel melakukan 15 serbuan dalam masa kurang setengah jam, menyasarkan beberapa kawasan di selatan, termasuk Nabatieh dan Iqlim al Tuffah, terletak lebih 20 kilometer dari sempadan yang memisahkan Lubnan dan Israel.

Iklan
Iklan

Sementara itu, sumber perubatan kerajaan menyatakan bahawa serangan udara Israel itu menyebabkan kecederaan dengan anggota Pertahanan Awam dan Palang Merah Lubnan sedang berusaha untuk menghantar mangsa yang cedera ke beberapa hospital di selatan Lubnan. - Bernama

Iklan
Iklan