Akmal bidas alasan kos naik punca LRA Bukit Selambau lewat dinaik taraf

Iklan
Akmal Nasrullah

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Guna Daya Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mempertikaikan dakwaan harga bahan binaan naik menjadi punca kelewatan menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

"Kenapa orang lain boleh siap tapi kamu punya banyak alasan, benarkah kos bahan naik punca projek LRA Bukit Selambau lambat?,” katanya menerusi video yang dimuat naik di X pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa bahawa kelewatan menaik taraf loji rawatan air Bukit Selambau adalah kerana kenaikan kos bahan binaan.

Akmal berkata, Projek LRA Layang 2 di Johor mempunyai persamaan garis masa yang sama.

Iklan

Ahli Parlimen Johor Bahru itu sebelum ini menegaskan menegaskan geran RM129 juta yang disediakan kerajaan Persekutuan untuk projek itu bukan pinjaman.

"Bila ada masalah cakap kerajaan Pusat, bukanlah saya mintak terima kasih pun tapi buatlah kerja baik-baik.

Iklan

"Sebagai contoh LRA Layang2 dapat disiapkan dengan kos RM230 juta pada tahun 2019, dan kini sudah siap sepenuhnya.

"Macam mana projek ini di sini (Johor) boleh siap, barang naik tu semua naik harga,” jelasnya.