SHAH ALAM - Umat Islam yang ingin memahami dan belajar kosa kata al-Quran secara mudah dan cepat, aplikasi Think Quran adalah pilihan yang tepat.
Demikian saranan oleh pengguna aplikasi tersebut, Rosmenee Mardofee, 43, yang sebelum ini sukar untuk memahami al-Quran disebabkan kurangnya penguasaan bahasa Arab.
Bagaimanapun, dia berjaya menghadapi kesulitan itu selepas diperkenalkan dengan Think Quran yang dibangunkan oleh Think Osem Sdn Bhd.
"Sebelum ini, saya mencuba pelbagai cara termasuk menghadiri kelas bahasa Arab, namun saya terkandas kerana beberapa faktor.
"Saya sangat berhasrat untuk hafal dan memahami al-Quran. Oleh itu, saya mencari cara yang efektif dan mudah sehinggalah saya menggunakan aplikasi Think Quran selepas diperkenalkan oleh kakak saya,” ujarnya.
Tambahnya, memahami makna al-Quran telah membawanya kepada perasaan cinta yang mendalam terhadap kitab suci itu.
"Sebelum ini, saya mungkin hanya membaca al-Quran secara berkala. Tetapi, setelah memahaminya, saya jatuh cinta pada al-Quran dan ingin terus membacanya manakala faktor masa tidak lagi menjadi halangan,” jelasnya.
Menurut Rosmenee, dia terharu apabila kakaknya berkongsi pautan aplikasi itu dengannya pada tahun lalu.
"Saya telah menggunakan aplikasi ini selama enam bulan dan berhasil menguasai 1,000 kosa kata bahasa Arab dalam masa yang singkat,” katanya.
Rosmenee turut yakin aplikasi Think Quran memiliki potensi besar membentuk generasi yang lebih berhubungan dengan al-Quran di masa depan.
Dengan aplikasi Think Quran, proses pembelajaran kosa kata al-Quran menjadi lebih mudah, cepat dan menyenangkan serta membantu umat Islam untuk lebih memahami dan mencintai kalam ALLAH SWT.