Biden arah tangguh usir rakyat Palestin dari AS

Iklan
Joe Biden

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan penangguhan pengusiran rakyat Palestin dari AS selama 18 bulan susulan perang Israel-Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu.

Menurut laporan The New York Times, penangguhan itu membabitkan kira-kira 6,000 warga Palestin di bawah undang-undang yang membenarkan pendatang tinggal di AS jika tanah air mereka berada dalam krisis.

Iklan
Iklan

Langkah itu dibuat ketika Rumah Putih cuba meredakan kemarahan yang semakin meningkat dalam kalangan pengundi susulan perang dilancarkan Israel di Gaza.

Ia berikutan kebimbangan tindakan sedemikian akan menjejaskan peluang Biden untuk memenangi penggal kedua dalam pilihan raya presiden pada November depan.

Iklan

"Walaupun saya kekal dengan tumpuan untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan, ramai orang awam masih berada dalam bahaya.

"Disebabkan itu, saya mengarahkan penangguhan pengusiran rakyat Palestin tertentu yang berada di AS melebihi tempoh," kata Biden. - AFP

Iklan