Tapak projek pasir di Kampung Jerai, Sungai Petani.
Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai, Bukit Selambau dekat sini membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan serta menjejaskan kelestarian alam sekitar di kawasan terbabit.
Wakil penduduk Abd Rais Lah Omar, 54, berkata selain laluan keluar masuk ke tapak projek berdekatan dengan lima kediaman penduduk menyebabkan kekotoran serta gangguan pernafasan akibat pencemaran debu yang tebal. - Foto Bernama