Hukuman pengasuh Indonesia sembunyi kelahiran, kebumi bayi ditangguh

Iklan
Hukuman terhadap seorang pengasuh warga Indonesia Yuni Widya Sari, yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Kangar atas tuduhan menyembunyikan kelahiran, ditangguhkan ke 22 Mac ini. Foto Bernama

KANGAR - Hukuman terhadap seorang pengasuh warga Indonesia, Yuni Widya Sari yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran, ditangguhkan ke 22 Mac ini.

Majistret Nur Shahida Abd Rahim menetapkan tarikh itu bagi membolehkan laporan bedah siasat dilengkapkan sebelum hukuman dijatuhkan terhadap tertuduh yang berumur 28 tahun itu.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pengasuh berasal dari Medan, Indonesia itu mengaku bersalah pada 11 Januari lepas atas tuduhan menyembunyikan kelahiran pada Disember 2023.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didapati menyembunyikan kelahiran dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara di sini pada 6.30 pagi, 21 Dis tahun lepas.

Iklan
Iklan

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama