Sumbang mahram: Pelajar IPT mengaku tidak bersalah

Iklan

BERITA SEMASA 15 FEBRUARI 2024

Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Seremban pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Iklan
Iklan

Tertuduh berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram dengan melakukan persetubuhan dengan adik kandung perempuannya berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian yang mana perhubungan tertuduh dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan pada bulan Januari dan Mac 2021 di sebuah rumah di Sikamat, Seremban.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649661/berita/semasa/sumbang-mahram-pelajar-ipt-mengaku-tidak-bersalah

Iklan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SumbangMahram