Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat

Iklan
Pematuhan BMI yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga PDRM. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, langkah itu bertujuan memastikan kesemua anggota berada dalam keadaan cergas untuk menjalankan sebarang tugasan.

Iklan
Iklan

"Ya, pematuhan terhadap standard BMI yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga PDRM," katanya ringkas ketika dihubungi pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menggesa pegawai dan anggotanya menjaga kesihatan khususnya BMI.

Iklan

Allaudeen menganggarkan hanya dua ke tiga peratus daripada 10,000 anggota serta pegawainya yang mengalami masalah BMI.

Allaudeen menyeru anggota agar ‘fit’ sebab tugas polis sangat mencabar yang mana memerlukan kesihatan yang baik.

Iklan

Selain ‘fit’, anggota polis perlu nampak segak semasa mengenakan seragam sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat.