Rugi RM20,300 selepas telefon bimbit digodam

Iklan
Kok Kuen (kanan) bersama Michael menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian tersebut.

JOHOR BAHRU - Seorang pemilik restoran kerugian sebanyak RM20,300 selepas mendakwa aplikasi perbankan dalam telefon bimbitnya digodam.

Mangsa, Lam Kok Kuen, 31, berkata, dia kehilangan telefon bimbit bersama dompetnya selepas makan tengah hari di sebuah restoran di Permas Jaya pada 6 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, kira-kira 15 minit selepas itu, dia menyedari kehilangan dompet dan terus menghubungi operator setiap akaun bank dimiliki sebelum bergerak ke sebuah bank di Permas Jaya untuk membuat kad bank baharu.

"Ketika saya mahu mengeluarkan wang di kaunter, saya dimaklumkan telah berlaku empat transaksi pemindahan wang ke satu akaun kad debit kredit,” katanya ketika ditemui di Pejabat Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor, Michael Tay di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, dia kemudiannya telah merujuk di beberapa bank berkaitan untuk mendapatkan kepastian namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas yang positif.

"Saya terkejut bagaimana perkara ini boleh berlaku. Ketika itu memang semua akaun saya sudah dihalang (block) oleh syarikat bank yang saya gunakan. Cuma ketika itu satu aplikasi iaitu bagi penggunaan kad debit kredit yang menghubungkan dengan semua akaun saya masih aktif.

Iklan

"Masalah sekarang semua bank yang saya pergi tidak boleh mendedahkan pemilik akaun kad debit kredit yang menerima wang dari akaun saya itu. Saya juga berulang dari Ipoh ke Johor Bahru ini untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Bapa kepada dua anak itu turut memberitahu, dia menyimpan rekod pemindahan wang berkenaan tetapi tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri.

"Saya harap pihak terbabit dapat menyelesaikan masalah ini kerana hanya mahukan penjelasan berkaitan kejadian,” katanya.

Sementara itu, Michael Tay berkata, pihaknya akan menghubungi polis untuk meminta pihak berkenaan membuka satu kertas siasatan berhubung perkara berkenaan.

Beliau juga berharap orang ramai khususnya pengguna aplikasi perbankan supaya lebih berhati-hati selain tidak mudah mendedahkan sebarang butiran sulit walaupun kepada orang terdekat.