Pesawat terhempas: Suasana suram di upacara persemadian Daniel Yee

Iklan
Mendiang Daniel yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Nirvana Memorial Park Seksyen 21, Shah Alam hari ini. Foto Bernama

SHAH ALAM - Jasad juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran hari ini.

Suasana suram dan sedih menyelubungi upacara persemadian mendiang, Daniel Yee yang diadakan secara tertutup di Nirvana Memorial Park, di sini pada kira-kira 12 tengah hari, dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan yang berpakaian serba hitam dan putih bagi memberi penghormatan terakhir.

Iklan
Iklan

Di Johor Bahru, jasad mendiang Roshaan turut diberikan penghormatan terakhir secara tertutup sebelum dibawa dari rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang ke Krematorium Hindu Johor Bahru pada 12.40 tengah hari untuk upacara pembakaran

Hujan renyai mengiringi upacara di krematorium itu yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga

Iklan

Roshaan dan Daniel Yee maut dalam insiden pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, pada 1.45 tengah hari, dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi. - Bernama

Iklan