Israel tak terlibat pembunuhan Komander Iran: Netanyahu

Iklan
Benjamin Netanyahu

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, Israel tidak mengambil bahagian dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran Jeneral Qassem Soleimani terbunuh, lapor agensi berita China Xinhua.

Israel tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada konflik yang semakin memuncak antara Iran dan AS, kata Netanyahu.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dibuat semasa mesyuarat khas kabinet keselamatan Israel bagi membincangkan kesan pembunuhan Soleimani yang memimpin Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, lapor stesen penyiar Israel, Channel 13 TV.

Iran telah berikrar untuk membalas dendam atas pembunuhan Soleimani.

Iklan

Israel menganggap Iran sebagai musuh ketatnya dan telah melancarkan pelbagai serangan udara di Syria yang menyasarkan rakyat negara itu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin baharu IRGC ikrar hapuskan AS

Iklan