PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) ke pejabat beliau pada pagi Khamis.
Memetik hantaran FMT di laman X, Nancy menaiki MRT Laluan Kajang sambil ditemani beberapa pegawai sebelum menukarnya ke Laluan Putrajaya di Stesen Tun Razak Exchange.