JAKARTA - Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Polis Puncak Jaya berkata, pertempuran antara penyokong yang menggunakan pelbagai senjata seperti anak panah, pisau dan parang, berlaku di Wonwi, Dokome, Yaimo, Pagaleme, Mulia, Yambi, Irimuli, Muara dan Illu.