KOTA BHARU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Kelantan menggesa pihak berkuasa menyiasat pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berkaitan video parodi yang didakwa mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan isu enakmen syariah Kelantan.
Ketua Penerangannya, Abdul Rahman Khairuddin berkata, parti itu juga kecewa dengan tindakan pempengaruh berkenaan yang sepatutnya menggunakan populariti ke arah lebih positif.