SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki setuju jika tindakan keras dan tegas dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang didapati bersalah menghina Institusi Raja-raja.
Katanya, senario semasa memperlihatkan betapa wujud segelintir warga yang tidak bertanggungjawab bahkan langsung tiada hormat pada institusi berkenaan.