Takut baca pengakuan kes curang di media sosial

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan kes seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana menjual video seks dia meniduri 20 wanita termasuk isteri orang.

Lebih mengejutkan lelaki itu telah diundang sebagai tetamu rancangan Podcast dan paling tidak boleh diterima apabila melihat video viral ada segelintir pemuda yang seronok dapat bergambar dengan penzina itu seolah-olah mengagung-agungkannya.

Iklan
Iklan

Begitulah ukuran nilai rosaknya masyarakat kita pada zaman ini.

Merak Jalanan bagaikan hilang kata-kata apabila memikirkan apa akan jadi dengan generasi akan datang apabila mengenangkan situasi yang sedang membarah ini.

Iklan

Di media sosial contohnya, ruangan diskusi yang sepatutnya diisi dengan persoalan kehidupan lebih beretika dilambakkan dengan kisah-kisah peribadi yang mengaibkan.

Isteri ada affair dengan suami orang di tempat kerja, suami pula ada skandal dengan kekasih lama yang beranak dua.

Iklan

Ada juga kisah golongan yang terlanjur dan tiada rasa bersalah atas kesilapan yang telah dilakukan.

Wujud juga pengakuan pasangan suami isteri yang secara sukarela mahu bertukar pasangan untuk seks.

Banyak lagi pengakuan yang kadangkala tidak terfikir di akal contohnya lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang baligh tetapi menjalinkan hubungan songsang sesama lelaki. Macam itu pun ada berlaku.

Ditambah pula dengan komen-komen balas yang turut sama 'menggatal' seolah-olah zina pada zaman ini sudah dianggap perkara biasa.

Admin sesuatu grup Facebook atau aplikasi X sewajarnya menapis pengakuan-pengakuan seperti itu kerana ia bukannya jalan sesuai untuk merawat masalah sakit otak dalam masyarakat kita.

Ia sebaliknya mengundang lebih banyak kemudaratan berpanjangan yang akan merosakkan akhlak generasi kini dan masa depan.