MeT-GAS banteras serangan siput jejaskan tanaman padi

Iklan
Wahizatul Afzan menunjukkan siput gondang emas atau nama saintifiknya 'pomacea canaliculata' yang menjejaskan tanaman padi. Gambar kecil: siput gondang emas atau nama saintifiknya 'pomacea canaliculata'

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghasilkan bahan dikenali MeT-GAS untuk membanteras serangan siput gondang emas yang menjejaskan tanaman padi diusahakan petani di negara ini.

Penyelidik UMT, Profesor Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi menjelaskan tanaman padi yang diusahakan petani diancam serangan siput itu secara besar-besaran sekali gus memberi implikasi terhadap bekalan beras domestik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aspek kawalan pembiakan haiwan itu perlu dipandang serius bagi memastikan pengeluaran padi negara berada pada tahap optimum.

Beliau yang juga pakar Entomologi di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT itu berkata, siput gondang emas atau nama saintifiknya 'pomacea canaliculata' merupakan haiwan invasif yang bukan berasal dari Malaysia dan ia telah diperkenalkan di Malaysia sebagai makanan serta haiwan peliharaan akuarium.

Iklan

"Tetapi kini siput itu adalah spesies perosak alien invasif (Invasive Alien Species - IAS) paling serius yang menyebabkan kerosakan teruk pada tanaman padi di seluruh dunia.

"Ia boleh membunuh siput dengan menyerang sistem dalaman haiwan tersebut antaranya organ pencernaan, pembiakan dan kantung pulmonari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Wahizatul Afzan menjelaskan serangan haiwan perosak itu kini telah merosakkan kira-kira 17,000 hektar kawasan tanaman padi sekali gus menjejaskan kehidupan petani.

Beliau menambah penyelidikan yang dijalankan itu telah melalui fasa ujian makmal dan ia bakal digunakan secara meluas sekiranya penemuan baharu tersebut melepasi piawaian yang telah ditetapkan.

"Setakat ini bahan yang dihasilkan bersifat mesra alam selain tidak menjejaskan hidupan lain yang berada pada persekitaran serta mengekalkan kelestarian ekosistem.

"Selain mudah penggunaannya, produk inovasi itu boleh diproduksi dalam skala besar dengan kos yang minima.

"Produk ini bukan sahaja memerlukan kos rendah malah penggunaannya mampu memberi hasil tuaian padi yang maksima serta mengekalkan kestabilan harga beras di pasaran tempatan," jelasnya.