Pemegang kad UNHCR edar dadah di pasar borong

Iklan
Pil yaba antara dadah yang dirampas polis susulan tangkapan tiga lelaki warga Myanmar di ibu negara, Selasa lalu.

KUALA LUMPUR - Kegiatan geng warga Myanmar edar dadah di pasar borong untuk kegunaan rakan senegara mereka berjaya dibongkar polis menerusi serbuan di Taman Sri Kuching, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tiga lelaki Myanmar itu diberkas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 1 pagi dengan rampasan dadah bernilai RM109,240.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rampasan membabitkan dadah jenis pil yaba seberat 1,604 gram, ganja (104 gram), daun kering disyaki ganja (20 gram) dan syabu (102 gram).

"Polis percaya dadah ini diperoleh daripada seorang individu dari Pantai Timur," katanya dalam sidang akhbar di IPD Sentul di sini pada Jumaat.

Iklan
Ahmad Sukarno (dua dari kiri) menunjukkan peket dadah yang dirampas polis susulan tangkapan tiga lelaki warga Myanmar di ibu negara, Selasa lalu.

Beliau berkata, soal siasat suspek mendakwa sebiji pil yaba dijual dengan harga RM11.

Katanya, suspek yang juga pemegang Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu disyaki telah aktif sejak enam bulan lalu.

Iklan

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk kenal pasti ahli sindiket dan sumber bekalan dadah terbabit," ujarnya.

Tegasnya, kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 19 Februari depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.