BAT Malaysia diiktiraf majikan terbaik kali ketujuh

Iklan
Pengarah Sumber Manusia BAT Malaysia, Adrita Datta (tengah) dan pekerja-pekerja bersama trofi anugerah Majikan Terbaik di Malaysia yang diiktiraf oleh Top Employers Institute buat kali ketujuh berturut-turut.

BRITISH American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) sekali lagi diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia oleh Top Employers Institute menjadikan mereka berjaya meraih pencapaian berkenaan buat tahun ketujuh berturut-turut.

BAT Malaysia turut menerima anugerah Majikan Terbaik di Asia Pasifik selain merupakan salah satu daripada 17 Majikan Terbaik Global yang diiktiraf di seluruh dunia oleh Top Employers Institute.

Iklan
Iklan

Kumpulan berkenaan dipilih berdasarkan strategi cemerlang dan amalan kakitangan di samping konsistensi serta komitmennya dalam memperkayakan dunia pekerjaan pada skala global.

Pengarah Sumber Manusianya, Adrita Datta menzahirkan rasa bangga atas pencapaian berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada pasukan sekerja kerana mampu membuktikan BAT Malaysia sebagai tempat kerja yang inklusif dan pelbagai.

Iklan
Kakitangan BAT Malaysia bersama-sama meraikan pencapaian membanggakan itu

Menurutnya, pengiktirafan buat kali ketujuh berturut-turut juga membuktikan komitmen BAT Malaysia dalam mewujudkan persekitaran di mana setiap pekerja boleh berkembang maju dan menyumbang yang terbaik.

"Ia juga mengesahkan usaha yang kami lakukan untuk mewujudkan tempat yang bermatlamat dan memberi inspirasi untuk kakitangan kami bekerja.

Iklan

"Memupuk bakat dan menyemai pertumbuhan minda adalah teras strategi kakitangan kami. Kami akan terus melabur dalam pertumbuhan kakitangan kami dengan membuktikan mereka dengan kemahiran dan peluang yang betul untuk menyokong tujuan A Better Tomorrow' kami," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BAT Malaysia merupakan syarikat tembakau terkemuka di Malaysia dan anak syarikat BAT Group yang memacu tujuan korporatnya untuk membina 'A Better Tomorrow' dengan mengurangkan kesan kesihatan perniagaan melalui portfolio berbilang kategori.

Top Employers Institute ialah pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan manusia.

Program Institut Majikan Teratas memperakui organisasi berdasarkan penyertaan dan keputusan Tinjauan Amalan Terbaik Sumber Manusia (HR) mereka.