Korea Selatan pecat Klinsmann

Iklan
Klinsmann. Foto Agensi

TEKA-TEKI masa depan Jurgen Klinsmann sebagai pengendali Korea Selatan akhirnya terjawab pada Jumaat.

Persekutuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) memutuskan untuk menamatkan khidmat jurulatih yang berasal dari Jerman itu susulan kegagalan skuad Taegeuk Warriors dalam saingan Piala Asia Qatar 2023 bulan lalu.

Iklan
Iklan

Keputusan pemecatan itu turut dimaklumkan kepada Klinsmann menerusi panggilan telefon sebelum Presiden KFA, Chung Mong-gyu mengumumkan pemecatannya kepada media.

Susulan pemecatan itu KFA difahamkan perlu membayar pampasan berjumlah AS$5 juta (RM24 juta) kepada jurulatih berusia 59 tahun itu.

Iklan

Seperti mendapat bayangan hayatnya tidak panjang bersama Korea Klinsmann mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan penyokong sepanjang bersama pasukan tersebut.

"Kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan semua peminat bola sepak Korea dengan ikhlas dan rasa syukur!

Iklan

"Terima kasih di atas semua sokongan anda yang membawa kami ke separuh akhir Piala Asia dan pengembaraan yang hebat dalam tempoh 12 bulan. Tanpa kalah 13 perlawanan berturut-turut! Teruskan berjuang,” katanya menerusi hantaran di laman sosial X.

Keputusan tersebut menyaksikan seorang jurulatih interim akan dilantik bagi membimbing Korea Selatan untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan hadapan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas itu ialah legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo dan Kim Ki-dong.