KPM galakkan murid, pelajar lawat tapak warisan UNESCO

Iklan
Fadhlina Foto Bernama

MELAKA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan murid dan pelajar mengadakan lawatan ke Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di seluruh negara bagi menjamin kelestariannya pada masa depan.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, ini penting sebagai antara aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi membentuk pelajar dan murid yang menghargai sejarah negara.

Iklan
Iklan

"Komitmen itu besar dalam konteks untuk memastikan kelestarian dan menghidupkan budaya serta dari segi pemeliharaan dan kesedaran tentang sejarah yang perlu anak-anak kita ikuti. Ia adalah sebahagian (aktiviti) pembelajaran daripada peringkat Kementerian Pendidikan.

Justeru, Fadhlina, yang juga Presiden Suruhanjaya UNESCO Malaysia berkata komitmen daripada kerajaan negeri amat dituntut bagi memelihara dan memulihara Tapak Warisan UNESCO sepanjang masa.

Iklan

Sementara itu dalam ucapannya, Fadhlina berkata, baju kebaya akan diiktiraf sebagai Warisan Tidak Ketara UNESCO pada tahun ini selepas melalui penilaian yang sedang dilakukan oleh badan dunia tersebut.

"Suka juga saya sebutkan bahawa Melaka merupakan pusat kegiatan bagi pelbagai Warisan Tidak Ketara yang telah diiktiraf oleh UNESCO seperti Dondang Sayang pada 2018, silat (2019), pantun dan perayaan Wangkang (2020), serta kebaya yang sedang dinilai pada tahun ini.

Iklan

"Sejarah kegemilangan dan kesusasteraan Melaka seperti Hikayat Hang Tuah juga telah diiktiraf oleh UNESCO melalui Program Memori Dunia (MoW) pada 2001,” katanya. - Bernama